Saturday, December 31, 2011

Saya Sudah Jatuh Cinta. Apa Itu Cinta? -c/p

taken from http://wanwma.com/agama/saya-sudah-jatuh-cinta-apa-itu-cinta/


Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.

Saya kurang faham makna sebenar cinta, saya kurang jelas mengenainya. Namun saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan saya, cinta itu sebenarnya adalah..

Amanah Dari Allah

Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.

Cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.

Keikhlasan Yang Menipu

Ada pepatah menyatakan “Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu!”. Lalu sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:

Kenapa cinta aku tidak terbalas?

Apa salah aku?

Apa kekurangan aku?

Kenapa dia tidak menerima cinta aku?

Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?

Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas.

Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.

Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?

Ayat-ayat seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut-sebut dan diulang-ulang supaya ramai orang bersimpati dengan mereka. Supaya ramai orang merasakan dirinya benar dan orang yang menolak cintanya itu telah melampau.

Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.

Kaitan Cinta Dengan Amanah

Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:

  1. Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.
  2. Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka.
  3. Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah!
  4. Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar!
  5. Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.

Mungkin terdapat banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Namun saya rasa cukuplah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Mari sama-sama kita menghayati makna sebenar cinta. Sesungguhnya cinta yang ditolak bukanlah suatu penyiksaan dari manusia tetapi ujian dari Allah. Kita perlu amanah dalam mencintai diri sendiri, usah biarlah diri hancur dimusnahkan dengan cinta manusia yang bersifat sementara. InsyaAllah..

Monday, December 26, 2011

Kisah Dari Jepun : Bestnye Sensei Ada Tuhan!

petikan dr http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/4042-kisah-dari-jepun-bestnye-sensei-ada-tuhan.html


Siapa suka bunga sakura?

Cantik sangat ke bunga sakura ini?

Inilah bunga kesukaan saya.

Tetapi di sini saya bukan mahu bercerita tentang sejarah asal usul bunga ini, kecantikan bunga ini, atau siapa yang suka bunga ini.

Tetapi saya mahu berkongsi satu cerita benar yang ada kaitan dengan makhluk bernyawa yang menetap di tanah tumbuhnya bunga sakura ini.

Cerita ini saya dengar sendiri dari kak Farhana (bukan nama sebenar) yang masa itu belajar di negara terbitnya matahari iaitu Jepun. Beliau berkongsi pengalamannya ini semasaJapanese Association Degree (JAD) datang ke Matrikulasi Labuan tahun 2008.

Semasa itu saya masih menuntut di sana. Saya sangat terkesan dengan pengalaman beliau ini dan saya ingin kongsikan kisah tersebut.

Al-kisah, Kak Farhana merupakan seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun, beliau juga bekerja sambilan sebagai seorang cikgu tuisyen Bahasa Inggeris.

Kak Farhana mempunyai seorang anak murid lelaki yang dikhabarkan olehnya mempunyai rupa paras yang kacak!

Biasalah anak kelahiran orang Jepun. Muka macam pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi yang digilai oleh remaja-remaja sekarang khususnya bunga-bunga yang sedang mekar indah di negara kita ini. Betul bukan?

Saya cerita serba sedikit tentang anak murid cikgu Farhana ini, dia adalah anak asli orang Jepun yang dilahirkan tanpa agama (ATHEIS) dan seorang pemain bola sepak di sekolahnya .

Pada suatu hari, si anak murid ini bertanya sesuatu pada cikgu Farhana. Perbualan mereka dalam bahasa Jepun ini yang sudah di terjemah oleh cikgu Farhana, lebih kurang begini perbualan mereka.

"Sensei (cikgu), kalau sensei berhajat akan sesuatu apa yang sensei akan buat?" Tanya anak murid itu.

"Oh, Sensei kan ada Tuhan. Bila sensei nak sesuatu sensei akan minta dengan Tuhan sensei."Cikgu Farhana cuba memberikan jawapan yang mudah untuk anak muridnya fahami.

"Wah, bestnya sensei ada Tuhan! Macam mana cara sensei minta dengan Tuhan sensei?" balas anak murid itu ingin tahu.

Hati cikgu Farhana tersentak kerana menyedari akan sesuatu, hatinya bagaikan menangis merintih.

"Ya Allah, baru aku sedari beruntungnya aku mempunyai Engkau sebagai tempat aku bergantung dan meminta."

Airmata cikgu Farhana meronta-ronta untuk keluar tetapi ditahan oleh perasaan egonya seorang guru dihadapan anak muridnya.

"Cikgu meminta dengan berdoa macam ni." Jawabnya sambil menadah kedua tangannya separa bahu. Cikgu Farhana sengaja memberikan jawapan yang ringkas agar anak muridnya itu dapat mememahaminya dengan mudah.

"Oh, kalau begitu saya pun mahu berdoa pada Tuhan cikgu, saya pun mahu ada Tuhan macam cikgu, sebab selama ini setiap kali saya ada perlawanan bola saya selalu berdoa supaya menang tapi saya tidak tahu berdoa pada siapa." Balas anak murid itu yang masih tidak mengerti akan konsep ketuhanan.

"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku ,maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran". (Surah al-Baqarah: ayat 186)

Cikgu Farhana hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Di dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana Allah S.W.T melahirkan dirinya sebagai seorang Islam dan dikurniakan Iman yang tidak mungkin dapat dijual beli atau diwarisi.

"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperolehi ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah maka sungguh Allah sangat cepat perhitungannya." (Surah al-Imran : ayat 19)

Banyak pengajaran yang saya dapat dari cerita kak Farhana ini. Walaupun ringkas tetapi amat terkesan di hati saya dan tidak mungkin luput dari ingatan. Sedih memikirkan nasib manusia yang ingin bertuhan tetapi tiada siapa yang dapat menjelaskan pada mereka.

Semoga saudara seislam disana diberi kekuatan dalam perjuangan dakwah oleh Allah S.W.T yang Maha Kuasa agar bertambah lagi saudara baru kita di Jepun dan negara-negara lain termasuk Malaysia.

Begitulah hakikat setiap tubuh yang diciptakan oleh yang Maha Esa dilahirkan bersama-sama fitrah yang ingin bertuhan.

Inilah norma kehidupan majoriti orang Jepun, juga orang yang bertuhan tetapi melupakan Tuhannya, yang hidup dalam kecanggihan teknologi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi setiap bandar.

Pagi bergegas ke pejabat atau menghadiri kuliah, malam pula mencari hiburan kononnya mengubati keletihan, kemudian esok harinya, lusa, dan hari beikutnya juga melakukan perkara yang sama.

Adakah kita hidup hanya untuk bekerja sahaja? atau berseronok ? atau memenuhi perut dengan makanan yang sedap-sedap sahaja?

Tepuk dada, tanya Iman.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar memberi makan kepada-Ku." ( Surah az-Zariyat: ayat 56-57)

-Artikel iluvislam.com

Saturday, December 24, 2011

http://diarihati.com/blog/2011/12/25/kitalah-couple-yang-paling-sweet/

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,
Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?

———————————————————————

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

IN-TEAM - SUTERA KASIH (MV) NASYID



Sutera Kasih

Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Tuesday, December 20, 2011

tuntutan kewajipan bersolat...http://www.facebook.com/syedabdulkadir2/posts/312476748773784

Ada orang tak suka tengok bola, kalau dipaksa tengok, pasti fikirannya khayal entah ke mana. Ada orang suka tengok bola, tapi tengok satu perlawanan yg tidak ditunggu-tunggunya, kadang dia fokus pada perlawanan, kadang fikirannya juga khayal. Tentu berbeza dengan seorang yg tertunggu-tunggu satu perlawanan bola yang sangat diminatinya, tentu dia fokus sepenuhnya.

Begitulah juga solat kita. Ada yg solat kerana terpaksa, sukar benar utk khusyuk. Ada yg suka solat tetapi tidaklah sampai tertunggu-tunggu, maka solatnya ada khusyuk tetapi tidaklah sepenuhnya. Tentu berbeza dgn seorang yg tak sabar menanti untuk solat, insyaAllah dia akan dapat khusyuk yg sempurna.

http://selamattinggal.blogspot.com/2011/12/setia-menanti-bersama-allah.html

Setia Menanti Bersama Allah

klik tuk besarkan


Entri sebelum ni panjang. Jadi entri ni saya pendekkan je.

Ada dua jenis penantian. Satu, penantian yang sia-sia. Dua, penantian yang berhasil. Penantian yang sia-sia terjadi bila kita mengharapkan sesuatu tanpa ada usaha sedikit pun. Dalam soal jodoh, hanya harapkan cinta di hati.

"Moga-moga dia nak kat aku. Harap dia jadi milik aku suatu hari nanti. Moga ada keajaiban."

Pada saya, sia-sia angan2 begini. Penantian yang ada hasil pula, adalah penantian yang pakej. Ada cinta, ada berkenan dalam hati, ada usaha zahiriah (cth:study sungguh2, kerja betul2 cari duit), dan ada usaha batiniah (tahajjud malam sungguh2 sbgmana entri saya sebelum ni), sabar disertai dengan tawakkal akhir sekali.

Usaha suku, jiwang suku. Tak campurkan usaha dengan perasaan dlm hati dengan berlebihan. Bila usaha tu dicampurkan dengan rasa cinta dalam hati yang membuak-buak, usaha tu tak lagi kerana Allah. Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri. Ikut hati, mati, ikut nafsu, lesu. Ingat, kawal perasaan. Bila dah dapat kahwin nanti, luahkanlah sejuta rasa jiwang pada si dia pun takpe dah. Dalam mencari jodoh, makin anda tak kenal si dia sebelum kahwin, makin baik. Nanti banyak benda boleh borak lepas kahwin tentang diri masing-masing. Ni kalau semua cite pun dah tau sebelum kahwin, boring taktau nak cakap pasal apa dah nanti. Kan kan kan?

Sabar kunci kejayaan. Saya tahu anda mungkin sangat-sangat nak,cinta, syg kat pasangan anda tu. Kalau boleh, saat ni gak anda nak luahkan rasa tu, "awak, saya sayang awak.", "awak, saya rindu sangat-sangat!." Lek luh. Jika anda rasa satu kepuasan dan kemanisan dpt luahkan perasaan pada pasangan,dan dapat respon baik dr pasangan lak tu, setkan dalam kepala.

"Alah, yang ni hanya dapat 1 kemanisan, kalau lepas kahwin aku dapat 1 juta kemanisan. Jadi, sabar dulu, kejar yang 1 juta. Tinggalkan yang seketul."

Sama gak macam yang berzina dan hampiri zina, sampai bila korang nak bermiang2 tanpa nikah? Dah gatal sangat, nikahlah, pastu boleh gauli isteri sampai mati. Allah lagi suka.


Akhir kata, Nabi SAW pun romantik dan jiwang gak. Tapi jiwang Baginda SAW adalah selepas nikah. Jom kita tengok ayat-ayat jiwang Nabi SAW. Rasulullah pernah bersabda mengenainya cintanya pada Siti Khadijah:

"Sungguh aku telah mendapatkan anugerah berupa cintanya." dan "Sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintainya." Apatah lagi hendak melupakan Saidatina Khadijah, tidak sekali-kali. Kata Nabi SAW: "Tidak. Demi Allah, dia tidak pernah memberi ganti untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya."

Semua ini adalah kata-kata selepas Nabi SAW sudah berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. malah berlanjutan sehingga setelah kewafatan Khadijah r.a. Nabi SAW lagi romantis berbanding kita.

Penantian kosong memang satu penyiksaan. Penantian 'berisi' memang satu kemanisan. Buah sabar itu bila masak, tersangatlah manis. Tidak akan buruk, tidak akan lemau. Makin lama, makin manis. Begitu juga syurga Allah, makin lama kita beribadat, makin khusyuk, makin tawaddhu', makin terasa manisnya syurga. Sabarlah. InsyaAllah, sandar pada Allah segala-gala.

Fuh! Sangat best bila awal-awal lagi dah confirm tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata Nabi SAW di telaga Kauthar akhirat kelak. Siap-sedia untuk beri kita syafaat.

24 Muharram 1433 H,Rusydee Artz,
Selamat Tinggal.
Wassalam.

Monday, December 19, 2011

http://penpatah.blogspot.com/2011/11/ketika-bunga-di-taman-sebelah-lebih.html

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..
Jangan pernah kita sakiti hatinya
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian
dan Cinta akan hancur
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..
Jagalah hati pasangan kita masing – masing
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya
dan cinta juga boleh memberikan semangat..
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…


Sumber: Akuislam.com

:: A|-C@pac|nO ::: Tak kenal maka tak cinta, Dah Kenal akan taat dan setia..

:: A|-C@pac|nO ::: Tak kenal maka tak cinta, Dah Kenal akan taat dan setia..

CIntaku Untukmu dr http://penpatah.blogspot.com/2011/10/cintaku-untukmu.html

CIntaku Untukmu

Friday, December 16, 2011

Layar Keinsafan by Mestica



hope everyone will enjoy it...hayatilah ^_^

Thursday, December 15, 2011

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: "ABANG, BUKAN MENCINTAIMU SEKADAR CINTA"

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: "ABANG, BUKAN MENCINTAIMU SEKADAR CINTA": Membelek-belek album perkahwinan begitu mengasyikkan. Bahagia yang teramat sangat. Alhamdulillah, akhirnya aku dan abang selamat disatukan...

Thursday, December 8, 2011

Rabbani - Insan




Insan

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Kita Adalah Insan Penumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana

Kita Adalah Hamba Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar KeredhaanNya
Kita Sama Sahaja Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan

Oh...Cinta Yang Murni Sebagai Ikatan
Yang Kukuh Di Hati Demi Masa Depan
Jangan Dihancurkan Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya Merana

Jangan Hancurkan Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

sayyidul ayyam, 13 muharram 1433H, 9 dis 2011

Wednesday, December 7, 2011

http://www.alcapacino.com/2011/12/wahai-sahabatku.html


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.





Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya.


Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah... ... .

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

http://alcapacino.blogspot.com/2011/12/cinta-oh-cinta.html

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur
- Umar Al-Khatab

Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
-Yahya b. Mua'dz

Jangan terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang, dan janganlah tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu kadangkala di dalam manisan.
-Hukamak

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang itu merupakan fitrah daripada Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak akan diperoleh sebagai satu anugerah tanpa diiringi usaha dan susah payah.
-Abul Islam

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
-HAMKA

Friday, December 2, 2011

pabila tiba 1 hal,,,

1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A

Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ^_^

credit to fb Enny Ndya...